How I Met Your Mother


 
"Kids, I'm gonna tell you an incredible story. The story of how I met your mother"


"Are we being punished for something?"

"No.."

"Dad, is this gonna take a while?"

"Yes. 25 years ago. Before I was Dad, I had this whole other life"

Hahah, introduction nak bagus je. Ok lah nak cerita sikit sebab dah lama rasanya tak cerita event 1 day ni. Hehe. Nak cerita pasal last Friday. Even dah macam a week late kan, tapi takpe. Boleh je ;P

So ceritanya macam ni. Jumaat lepas, bangun pagi pukul berapa tah xingat. Takde apa pun, mandi, makan apa semua and then pegi solat Jumaat. Habis solat, call la Sarah, nak tanya dia kat mana. (Sebab plannya nak amik cite HIMYM dari dia..so bila dah call..Sarah pun angkat la. Tapi belum sempat nak cakap pape lagi, Sarah terus cakap;

"Dan! sorry sangat2 phone Sarah dah rosak..Dan boleh dengar suara Sarah tapi Sarah x boleh dengar Dan...hahah! So Dan message jelah eh? Ok bye.."

-- Memang sepanjang tu diam jela..tapi memang dah gelak dulu dah pun..dah macam voicemail version Sarah nya..hahahaha. So lepas tu pun terus la message Sarah..tanya dia kat mana. Sarah pun cakap dia on the way nak balik dah, dia dengan Ili. So xpe la, sementara tunggu dia nak sampai Mwt tu..balik la rumah dulu. Ada la pulak Nasi Goreng, makan la dulu.

Tengah2 makan tu, Sarah message tanya if boleh tak mintak tolong pegang laptop dia sebab dia nak pegi shopping dengan Ili, so tak berani lak nak simpan laptop dalam kereta. So dah plan punya plan, tak nak susahkan Sarah nak datang rumah bagi, plan la jumpa kat dobi je senang. Dah abis makan apa semua, terus la gerak. Sampai2 je kat dobi, dalam 30 saat kemudian camtu datang la Ili dengan Sarah..Ili drive. Sarah pun keluar la kereta dengan beg laptop kat tangan dia. (maka kitorang pun berbual sebentar. Sorry tau Sarah if dialog Dan ni ada tokok tambah..hahaha!)

Sarah: Haaa nah ni laptop ni.
Dan: Alright..
Sarah: Ermm..oh! password dia H-O-M-E-KOSONG-TIGA tau
Dan: Ho....me?
Sarah: Ho..me?
Dan: OHH HOME...laa hahahaha ingat ho-me apa tadi
Sarah: Hahaha..home la Dan..
Dan: Hahaha..sorry2..
Sarah: Oh lagi 1, battery dia ni dah rosak tau..so memang kena pakai plug kalau nak guna. Haa
Dan: Ohh..macam tu? Hahah..alright..so, kat mana Sarah simpan file2 tu? Dalam C?
Sarah: .........ntah la. Hahahah Dan cari la
Dan: Ehh..kang jumpa benda yang bukan2 je kang? Hahahahaha
Sarah: Hahaha..xde la. Tapi kan, season 1 and 2 dalam external..season2 lain semua dalam laptop. Pastu...Dan amik la apa2 yang patut eh.
Dan: Ohh okay..xpela Dan cari la nanti.
Sarah: Okay..erm so rasa itu jela kot?
Dan: Alright..ehh? xnak singgah dulu ke?
Sarah: Ehh xpela..nak cepat ni nak gi shopping..
Dan: Alaaa..nak ikut gak oh..hahahaha
Sarah: Hishhh..xboleh la..
Dan: Hahaha..so, bila Sarah nak datang amik ni?
Sarah: Erm..petang2 sikit la kot. Nanti Sarah bgtau eh
Dan: Okay..apa2 bgtau la..bye..
Sarah: Okay bye Dan..
Dan: Bye ili! Hahaha
Ili: *senyum lambai2*

So diorang pun pegi la..masuk2 dalam dobi..standard muka2 biasa la ada kat dalam..Aswad, Fateen, Aunty and etc. So letak la laptop Sarah and duduk. Lepas dah duduk tu, Fateen pun nampak la semacam sebab tiba2 hari ni ada 2 beg lak. So dia pun;

Fateen: Laptop Dan ke?
Dan: Oh...xla, Sarah punya
Fateen: Dan nak buat apa dengan laptop Sarah?
Dan: Haaaa..tu yang xtau tu. Hahahah xde la, nak amik cite dari laptop dia
Fateen: Ohhh..cite apa?
Dan: How I Met Your Mother. Hehe
Fateen: Cite apa tu?
Dan: Aten xtau ke? Cite series laa..ada banyak2 season. Dan cam nak follow balik, and then Sarah lak ada sampai season 5. So amik jela dari dia. Hahaha
Fateen: Ohhh..okay..

So lepas tu, diorang makan KFC. Sambil diorang makan tu bukak la beg laptop Sarah, kluarkan laptop plug semua. Dah on, dah tekan password..kluar la wallpaper Sarah. Fateen yang tgh makan tu tetiba cakap;

Fateen: Apa motif Sarah letak gamba giraffe sebesar besar ni?
Dan: Hahahaha..xtau la. Dia suka giraffe la kot
Aswad: Weh..How I Met Your Mother? Best do cite tu..
Dan: Memang la..aku je yang xpenah nak follow betul2..ni baru nak follow balik
Aswad: Laptop kau ke?
Dan: X x..Sarah nya
Aswad: Asal Sarah do?
Dan: Dah dia ada dari Season 1 smpai 5? Hahaha

And 1st thing memang cucuk external dulu, cari mana HIMYM nya. Nampak la ada 1 folder tu. But then tak terus masuk pun. Cari lak mana yang kat dalam komputer. Memang no idea la camne nak cari. Last2 tekan jela kat Start button tu. Sekali kat hujung atas My Document, My Computer tu ada lak folder nama Sarah. Memang tu la target. So yes! memang ada pun dalam tu. Hahaha. Last2 tengok dalam folder tu lagi complete. Dari season 1-5 terus. Maka tak jadi la nak amik through external. Dari pc je terus. Hehe. Dalam waktu yang sama sbenanya perasan gak cam ada "Glee!" nya folder an Sarah. Tengok gak eh :P

Masa pun berlalu, jam kat tgn tunjuk kul 6 ptg. Sarah xde contact apa2 lagi. So tunggu jela lagi. Pop pup pap dah pukul 6.15. Dalam hati dah

"Sarah ni betul ke..ke dia dah lupa laptop ada kat sini pastu dah balik rumah. Uish"

Sebabnya kan, general info pasal Sarah ni, dia ni tak boleh keluar malam tau. So tu yang cam pelik sikit tu. Hahaha. And then, message jela saja nak cam boleh jadi reminder gak.

Dan: Sarah, Sarah xlupa kan laptop Sarah ada kat Dan?
Sarah: Takkan lupa. Jgn risau. Hahah

So okay, rupanya memang dia xlupa. Hahaha. Then, reply biasa jela kata takut je dia lupa kan..

-7.03pm-

Sarah: Hahah. Mane ade laa. Dan kat dobi lg ke? Nnt Sarah amek laptop kat umah Dan ke cane?
Dan: Ohh Dan kat dobi lagi ni..ehh xpe, Dan xde nak balik lagi pun, tapi kalau sampai dobi dah tutup tu, terpaksa la balik..hahaha...apa2 Dan bgtau la ehh..
Sarah: Oh ok2. Japgi dah otw balik Sarah msg Dan. Klu call nnt dan ckp sorang2. Hahah.
Dan: Hahahah xpe la ckp ngn voicemail Sarah :P Okay..Dan tunggu

As usual, everytime cite2 ni..akan ada 1 character ni dia xkan terlepas dari buat cameo. Or dengan kata lain, dia mesti ada gak. Well, nak citenya tetiba dapat msg;

Irfan: Badminton jom..

Hahahah kau buat lek je Fun..Ok cameo habis. And then pukul 7.23pm, Sarah tanya if dah makan ke belum, and dia ajak gi makan tapi nak amik Iman ngn Hannah dulu. So ok, tunggu lagi. Xpe :P

-8.00pm-

Aunty dah tutup dobi lah! Sekali hari ni awal lak an dobi tutup. So diorang pun balik la..tengah dalam2 kete ni, malas lak nak balik since kejap lagi nak gi makan lak an. So, pusing2 la. Sambil2 tu Sarah suruh suggest makan kat mana. Nak ceritanya, tersuggest la makan kat area W.Maju ni. Cakap la tempat tu kat "area2 Jusco W.Maju.." And by far, Sarah xpenah lagi pegi tempat ni. Agak sure la. Lepas tu tetiba...

Sarah: Haa. Ok la. Jomm..Ktorg grak skang. Jmpe sane k

Ok, time ni dah start pelik sbenanya tau. Like, eh?? Sarah tau? biar betul?? How come lak. Eh, biar betul apa semua an. Yela, xckp pun kat mana exactly tempat dia tapi terus dia "jumpa kat sana"? So last2 cam message jela balik;

Dan: Eh jap. Dobi dah tutup ni Sarah, Dan cam tengah pusing2 dalam kete je ni..jumpa kat mana eh?? Hahah
Sarah: Jumpa kat kedai makan tu la..
Dan: Ermm...tau lak Sarah kat mana tempat tu?
Sarah: Eh jap jj mane ni? JJ baru kan?

Hah. By this time dah agak dah. Mesti salah JJ ni. Hahhaha! Dah nak reply dah ni. Tetiba Sarah call (eh boleh pulak call?)

Sarah: Helloo..Dan?
Dan: Hello..ehh? Boleh lak Sarah call?
Sarah: Hahaha..Sarah tukar phone ni.
Dan: Ohh yeke. Hahaha
Sarah: Dan..ni JJ mana ni eh? JJ baru tu la kan?
Dan: Hahahahahahahaha Sarah...JJ baru tu..kat AU la..AU tu keramat..JJ lama tu yg kat W.Maju..
Sarah: Lahhh yeke?? Ha a eh..yela tu. Salah JJ..Hahahahahaha
Dan: Sebab tu Dan pelik je Sarah..tau?? cam xlogik je. Hahahah
Sarah: Hahahahah
Dan: Tapi kan, kalau Sarah nak kat situ pun xpe je..Boleh gak.
Sarah: Ermm..xkesah la mana2. Tapi Sarah nak kluarkan duit dulu la..nak kena gi bank jap. Dan xpe ke tunggu?
Dan: Ehh xpe la. Dan ni pun baru nak isi minyak jap. So..nak jumpa kat mana terus?
Sarah: Jumpa kat cimb mwt la..ok?
Dan: Alright..jumpa kat sana la. Ok..bye
Sarah: Bye..

So pegi la isi minyak dulu, dah isi terus gi sana. Dah sampai, park la. And macam perasan2 kete at the other side mcm kenal je..mcm kete Ili an..and sbelah tu mcm kete Sarah. So xpe, tunggu je dulu. Hahaha. Lepas tu rasa cam dah lama sket, message la Sarah, tanya dia kat mana, sebab dah sampai ni. Sekali masa dah tekan "Send" tu, tertoleh la tepi..nampak Sarah tengah jalan gi kat kete dia ngn Ili. Dia cam sembang2 dengan Ili. Pastu cam nampak dia kluarkan phone dia. Pastu dia cam baca, then dia cam angkat kepala toleh kiri kanan. Masa ni dah nak gelak dah. Pastu dia nampak...hahahahaha. So dah nampak tu, kluar jela kete, gi jumpa diorang. Tau2 rupanya Ili nak balik dah, dia penat dah. So cakap2 sikit then Ili pun balik...maka;

Sarah: Ok jom!
Dan: Haaa..jap. Ni nak makan kat situ gak ke Sarah? Macam Dan terpikir kat area2 ni pun ada gak kedai makan, lagi dekat la. Dekat2 area dobi tu, hujung tu je ada kedai makan..Sarah ada perasan?
Sarah: Ermm..xperasan la. Hahah
Dan: Hahaha..tapi ada la. Kalau nak, situ pun boleh, kalau x, kita gi jela yg kat sana nya tapi jauh sikit la. So camne?
Sarah: Kita tgk dulu yg kat sini, kalau Sarah rasa cam xbest..kita gi yg sana nya ok? Hahaha
Dan: Hahaha..ok je..jomm..
Sarah: Ok..

Sbenanya masa tengah cakap2 ngan Sarah tu, dah perasan dah dalam kete dia tu macam ada nampak2 mcm kepala org. Nampak cam ada kepala dak kecik je an. Hehe. So masa pass by, hah..mmg dah agak dah. So nampak la Iman kat depan..and yang kat belakang 2 org tuu..Nawal ngn Hannah! :D Ingat Nawal xde, tgk2 dia ada gak. So ok xpe la. Hehe. So bawak la Sarah kat yang Mwt nya tu. Kluar jap, tunjuk, Sarah kata;

"Ermm..cam xbest je. Kita gi yg sana nya la. Hahaha"

Hahaha, padahal dalam hati dah pikir kat sana nya macam la best sangat. Buat lawak je sbenanya. Hahaha. So ktrg pun pegi la sana...nak cerita lagi, masa tgh drive2 ni xperasan la pulak Sarah yg kat belakang kete or org lain..tapi bawak jela. Lepas tu tah macam mana tetiba Sarah call;

Sarah: Dan...Dan kat mana Sarah xnampak ni? Hahaha
Dan: Ehh..Sarah bukan kat blakang Dan ke? Hahaha..Sarah kat mana ni??
Sarah: Err..Sarah kat..eh mana ni..hahahahaha..jap jap
Dan: Camni2..Dan dah ermm..ni Giant permata ni, Dan dah kat area depan2 sini. Haa
Sarah: Giant?? Ohh..ok Sarah tunggu kat dpn Pizza Hut ok?
Dan: Haaa ok tunggu situ.

So nak citenya sbenanya dah terpusing masuk dalam area Giant tu sebab masa on call tu xsempat nak buat u-turn. Kehkehkeh. Maka terpaksa la pusing dulu lalu depan pizza hut but dari jalan dalam and masa tu dah cam xtau Sarah ni depan pizza hut tapi kat mana. So terus jela call. But then;

Dan: Hello...
Sarah: Hello...hahahaha Dan...Sarah xdgr laaa..

By that time dah "eh? tadi? Ohhh yela tu, num 1 lagi" so terus jela end the call, and call balik the other num;

Dan: Hello..
Sarah: Hello..
Dan: Dgr kan Sarah? Hahah
Sarah: Dgr2..hahaha
Dan: Sarah kat mana ni Sarah?
Sarah: Sarah park kat tepi ---

So then masa dia nak cakap kat mana tu, dah perasan dah kete dia kat tepi highway tu. Hahaha..so;

Dan: Haaaaaaaaa xpe2 Dan nampak Sarah dah. Ok Sarah tunggu je kat situ
Sarah: Ohh Dan nampak eh? Okay..

Kat background sbelum end call tu sempat dgr suara Iman ckp "Dan nampak kita?" hahaha. So kluar laa..and then meet up then terus jalan. And so...ktrg pun sampai ke destinasi yang dituju...dah park apa semua, kluar kereta, bagilah laptop Sarah balik;

Dan: Ni laptop Sarah..nak terus simpan ke?
Sarah: Haa boleh gak.
Dan: So..tu la tempat dia. Sorry la kalau lagi xbest. Hahahah
Sarah: Ehh xpe la...jomm..
Dan: Boleh lak Sarah kluar malam? Hehe
Sarah: Ohhh bawak drg kluar makan...
Dan: Ohhh

And masa jalan tu tegur la gak Hannah, Iman ngn Nawal. Hannah malu2 je sorok muka. Hahahahahahaha comel je :P Iman cakap;

Iman: Hannah malu2 pulak..hahaha

So masa lalu tu. Alamak ramai gila la pulak org. Tapi nasib tempat tu besar je. So last2 pikir punya pikir, duduk la kat area bawah...dah duduk..datang la org yg nak amik order ni. Nak citenya, Hannah, nak order, Ya Allah..sumpah comel je;

Sarah: Adik cepat order nak makan apa..
Hannah: Naaaaaaakk..ermmm...nasi goreng :D
Sarah: Nasi goreng apa? Nasi goreng pattaya nak?
Hannah: Nasi goreng pattaya? Ermm xnak...nak Nasi Goreng...nak yg ni (tunjuk Nasi Goreng Ikan Masin)
Sarah: Nasi Goreng Ikan Masin?? Hahaha adik makan ke..

Time ni mmg dah tergelak sikit dah..Iman dah suruh dia cepat dah, Nawal pun dah mcm "adik cepat laa"

Sarah: Adik cepat la nanti lambat makan kang..Nasi Goreng Pattaya boleh eh?
Hannah: Ermmm...xnak...nak yg ni (tunjuk kat Nasi Goreng Belacan)
Sarah: Nasi Goreng Belacan?? Hahah..pedas la adik..adik xmkn kang..

Yang ni serious semua org tergelak..Hannah ni..comel je :P

So in the end, Hannah pun amik gak la Nasi Goreng Pattaya..semua dah order. The main reason kluar makan ni pun Sarah ckp sbb Hannah je yg xmakan lagi..and dia nak makan nasi. Hahahah..So ktrg pun sembang2, sembang...gelak..sembang....

-10.00pm-

Ok dah nak balik dah..so jalan la gi kat kereta..and cakap2 semua..bye semua..then balik...akhirnya dapat gak full season smpai 5, even tau dah ada season 6 dah pun. But then xpe, season 6 kat umah dah ada. Hahaha. So, thank you again, Sarah :)

"And then kids, it's the true story of how I met your mother"

"WHAT???!!!!!"

"Ahaha..I'm kidding"

"Haha. Huh. Fuh -__-"

"I mean, that's how I met.....the story of How I Met Your Mother Season 1 to 5 :P"


-End-

-D-

Comments

Popular Posts