New Place :)
Setelah 3 tahun beroperasi, dobi Aunty Suzana akhirnya mendapat tempat baru untuk meneruskan bisnesnya. Terlalu banyak kenangan yang ada di tempat lama dobi berkenaan. Pahit, manis, suka dan duka. Semuanya ada (achooh). Tempat di mana aunty selalu terkejut sebab ada sorang budak tu suka sneak in masuk tak bagitau ikut pintu belakang. Tempat berlakunya no budget film punya shooting. Tempat nak online-online, bawak laptop menyemakkan tempat aunty nak lipat kain je. Tempat nak belajar, tempat nak buat assignment. Tempat singgah sebelum ada test. Tempat malas nak duduk lama-lama kat BMI. Tempat suka sneak-in lepas tu terkejutkan aunty. Wah ni apa yang nak cite sangat macam dah tutup je dobi ni. Padahal pindah tempat je. Ahahaha, alright kembali ke cite asal. Dobi aunty telah berpindah dari hujung lot ke 2 dari hujung. :P Inilah gamba-gamba yang diambil semasa proses mengemas tempat :)
Suasana bila semua barang dah angkat. Tinggal yang berat and besar je. Huu. Kalau tak, kat kiri tu dulu ada banyak je kain-kain gantung. Masa ni semua orang dah start kemas. Sorry la datang lambat..ada hal la..huu ;(
Pemandangan lagi dekat, fokus lebih kat carpet ni sebenarnya. Carpet yang menjadi masalah kepada sesiapa saja yang duduk di atasnya. Apa masalahnya? - Rasa nak tidur.
Majlis Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri? Memang tak penah tau pun kedai ni penah host tempat orang ramai berjumpa time raya. Ke tahun ni punya raya aunty? :O
Kitorang semua nak angkat almari ni. Fateen tolong keluarkan semua baju dalam tu la. Bazil dah macam abe yang standard kita call nak mintak tolong angkat barang-barang besar camni. Ahahah! kau buat lek je zil..
Huu..tengok tu. Semua dah hilang dah. Carpet best tu pun dah diangkut. Aunty bawak balik rumah dia nak basuh dulu baru boleh guna. Tirai tingkap pun dah cabut. Tempat baru takde tingkap. So takde la mcm nak jengok kat luar ada apa :P
Old school punya tempat. Dulu mula-mula tempat cam terbengkalai sket. Lepast tu berlaku transformasi kat tempat ni, letak computer apa semua kat sini. Tapi tempat baru lagi UP la. Dah macam office je tempat baru tu. Kitorang suggest macam-macam la kat aunty. Suruh letak cooler la, air-cond la, study table la. Last-last aunty cakap "Ni dah nak buat rumah ke kedai pun aunty dah tak tau dah. Dah confius" Ahahaha!
Muka tiga ni la yang memang tiap-tiap hari ada kat kedai ni. Dengan Kak Robiah sekali la. Tapi kalau dulu, ada sorang tu lagi gak suka nak sebuk tiap-tiap hari kat sini. Tah sape tah..
Haaa, tempat baru! rasa cam best gak. Sejuk la. Tapi tadi duk sembang-sembang kata mcm signal phone tak kuat bila kat sini. Tempat baru, so signal pun baru nak sesuaikan diri kot?
Barang yang aunty nak jual kat eBay. Tak pasal. Ahahaha. Longgokkan barang ke tempat baru. Cermin tu menjadi cermin setia kat kitorang semua. Masih lagi setia hingga ke tempat baru. Aunty tak buang punya. Selagi tak pecah la.
Haa..ni part paling best sebenarnya. Kaunter dia! advanced habis dari old kaunter la. Dulu nya kaunter biasa jela. Ni cam best sikit sebab tah, tengok memang nampak best la. Cam besar, pastu panjang? Ahaha
Ni la "office baru" tu. Time ni tengah kosong lagi. Tapi lepas tu dah letak semua barang dah. Meja, komputer, kipas. Kitorang siap bentang comforter pastu buat cam office-home like edition lah. Aunty kata, "Limit 4 person only". Ahahah
So baju-baju semua dah letak in place balik. Tak sabar nak tunggu hari Selasa. Nak tengok macam mana rupa bila dah siap semua. Hehe :)
-D-
Comments
Post a Comment