Kejatuhan Era Empayar Peserp


Setelah sekian lama berada di dalam jagaan Lagenda, di guna pakai oleh Fun serta DbZ akhirnya duka cita dimaklumkan era empayar Peserp yang juga dikenali sebagai "Best friend" oleh DbZ telah jatuh pada semalam, 27 Mac 2010. Menurut lagenda, Peserp telah lama membina empayarnya semenjak sekitar 2006 yang turut disokong oleh Fun atas dasar sejarahnya. Namun, kejatuhan empayar ini merupakan sesuatu yang tidak dapat diterima kenyataannya kerana tempohnya yang begitu singkat. Peserp berjaya ditumpaskan oleh lebih 5 Black Riders yang diketuai oleh Green Rider dengan begitu pantas sehinggakan lagenda gagal menyelamatkannya. Green Rider, merampas Peserp sekali gus menyambut kemenangan dengan mengangkat Peserp sambil memecut laju beredar. Akibat dari peristiwa itu, lagenda dan fun menerima pamparan hebat oleh Black Riders. Fun yang pada mulanya menyangkakan Black Riders kenalan lagenda tidak menyangka taktik penipuan itu diakhiri dengan kehilangan Peserp sekali gus eranya hilang sekelip mata. Kejatuhan empayar Peserp disempurnakan dengan tribute kepada Peserp yang telah lama berbakti kepada mereka. DbZ yang tidak berada di tempat kejadian pastinya merasakan kehilangan Peserp ini sebagai satu kehilangan yang besar. Menurut lagenda

"Benda nak jadi. Aku tak sempat buat apa-apa. Benda paling betul aku patut buat memang tu(biarkan saja) sebenarnya. Sebab selain benda tu, ada je consequences dia. Melainkan ni"


-Berita Global-
-D-

Comments

Popular Posts