Zaman Kegemilangan


Teringat balik kat zaman-zaman kegemilangan yang pernah dibuat dulu-dulu kala. Yang dianggap kolot, menarik, bodoh, sampah semua. Tapi, sedar tak sedar itulah zaman yang penah dilalui, memang susah nak lupa sebenarnya sebab semuanya seperti satu buku cerita yang bertajuk. Sementara masih segar dalam ingatan, terasa macam patut disimpan elok-elok. Rasa macam nak buat biografi pasal diri sendiri. Buat pasal sumbangan diri sendiri semua. Tapi dah macam poyo, berlagak semua pulak. Tidaklah, sekadar ingin mengenang je apa diri ini penah cetuskan suatu ketika dahulu. Semuanya bermula dengan satu zaman yang paling mencetuskan kontroversi..iaitu



Zaman Kegemilangan
"Singgit"

(2005)


Zaman paling mencetuskan kepanasan dikalangan mereka-mereka yang menjadi mangsa. Ya, seperti pengemis jalanan yang datang secara mengejut dan terus meminta "singgit" dengan hanya berlapikkan 'menyapa' mangsa sahaja. Geram, panas, berbulu dan benci merupakan perasaan-perasaan mangsa. Pelbagai alasan diberi, tidak mahu kehilangan seringgit mereka dengan sia-sia.

Tapi, ada juga yang memberi, walaupun di dalam hati mereka, begitu tertekan kerana terpaksa memberi. Seperti Belle, seringkali menghulurkan seringgitnya. Begitu juga Aira. Tidak pula seperti Hanis dan Zayana, yang hanya akan menyahut sapaan yang diberi dan tidak akan mendapat seringgit dari mereka. Mungkin fakta ini salah, mungkin mereka penah memberi, harap dapat dimaaf jika salah kerana kurang jelas.

Mereka inilah mangsa tetap Singgit. Yang lain-lain ada juga. Tapi terlalu ramai untuk ditulis, dingat siapakah orangnya. Menjadi trademark pada zaman itu, sinonim dengan perkataan Singgit. Di mana saja pergi, pasti ada yang menjadi mangsa tindasan Singgit. Setelah sekian lama, sedikit demi sedikit permintaan Singgit itu lenyap. Setelah diri ini matang, barulah dapat berfikir dengan betul. Perkara yang perlu dihentikan, menyusahkan orang.

Kepada mereka semua yang pernah menjadi mangsa, tidak kira lah anda sudi memaafkan atau pun tidak, rasanya kena mintak maaf jugak sebab dah susahkan korang semua. Rasa macam nak bayar balik semua duit korang yang telah disonglap. Zaman bangang la boleh dikatakan. Sekarang hanya sekadar kenangan. Tamat sudah Zaman Singgit...





Zaman Kegemilangan
"CSI: SMKTM"
(2005)



Hampir betul-betul terlupa dengan zaman ini, kewujudan pun tidaklah begitu jelas tetapi kelakarnya memang pernah wujud setelah penemuan gamba yang disimpan oleh Mustaqim. Kami pernah menjadi CSI(Crush Scene Investigation) yang turut dianggotai oleh Mustaqim, Farhana dan Izyana. Ingatkah dikau kepada zaman ini? Apakah tujuan sebenar kita pada zaman ini? Crush investigation?? Itu ke motif kita? Kelakar gila. Takpa, akhirnya ingat jugak zaman ni.





Zaman Kegemilangan
"TFAC"
(2005)



Era merepek telah bermula. Suka je merepek, lagi-lagi pasal Sam Valle. Cukup famous untuk Belle la. Nak tau siapa Sam Valle, tanyalah dia. Sebab merepek benda ni kat dia je. Memang lawak betul la.

Berbalik kepada TFAC, yang merupakan singkatan kepada "Three Famous Adventurers Club". Club yang ditubuhkan setelah merepek dengan tahap extremenya bersama Belle dan Mustaqim. Di mana, kita bertiga akan pergi satu adventure yang dijangkakan paling epik. Malah, logo TFAC juga direka dengan sungguhnya.

Famous ke pun? setakat antara kitorang bertiga jela famousnya. Mungkin betul-betul famous kalau kitorang betul-betul pergi adventure. Memang kelakar la, imaginasi kuat sungguh. Ada-ada saja yang direka. Kalaulah ingat apa yang dimerepekkan, boleh aja tulis. Walaupun main-main je benda ni. Tapi rasanya apa kata kita photoshoot sikit club kita yang hampir-hampir dilupakan ni. Buat balik logo yang dah hilang tu. Kan best?




Zaman Kegemilangan
"Lazy Afternoons"
(2006-2008)

First Logo Appearance


Zaman suka perform-perform kat Party Pengawas. Banyak betul yang berlaku, pergi jamming sini sana. Perform dekat party pengawas 06,07,08. Siap ada band punya page dekat Friendster dan Myspace. Logo pun siap ada. Line up agak bertukar-tukar.

Walaupun dah lepas lama, rasa nak mintak maaf sekali lagi sebab banyak menyusahkan korang,buat hal, bagi panas, berapi dan sebagainya. Mungkin ada yang taknak maafkan. Tapi takpa la


Logo Creation(Other)





Lineup
FIRST INSTALLMENT

Izat(Drummer), Hilman(Bassist), Dan(Singer,Rhythm), Naz(Lead)



SECOND INSTALLMENT

Dan(Singer,Rhythm), Naz(Lead), Irfan(Manager/Bass), Dzafir(Drummer)



LAST INSTALLMENT

Dzafir(Drummer), Naz(Lead), Dan(Singer,Rhythm), Haqim(Bassist)



-Performances-
Party Pengawas 06


Party Pengawas 07


Party Pengawas 08(Last)






Zaman Kegemilangan
"Nia Ramadhani"
(2007)


Masa ni, terasa nak buat benda best pulak. Mana taknya, terdiscover yang best pulak edit-edit gamba ni. Dengan kehangantan cerita Bawang Merah Bawang Putih zaman tu, tengok Nia nampak hot pulak. Maka tercetuslah idea ingin membuat lawak paling panas penah ada. Paling taknak kalah la. Ramai bebulu pasal yang ni. Fake gamba. Kononnya dia girlfriend. Gamba di atas, shot dekat depan rumah Naqib. Tak silap Irfan la photographernya. Konon gamba tu macam tengah peluk Nia. Balik rumah, edit gamba tu, letak Nia dekat sebelah. Terjadilah gamba kontroversi. Nasib je Nia tak penah tau gamba ni wujud. Buatnya dia tau, silap-silap boleh saman je.

Ada lagi gamba lain, semuanya saja je nak buat benda bodoh. Best tu memang best. Sebab ada yang percaya. Edit pun boleh tahan sebenarnya. Bukanlah nak berbangga. Tapi sudah bermotifkan editting untuk nampak real, kira ok la pada zaman itu. Ada jugak yang bagi gelaran "Raja Edit". So, nak tipu dengan mereka yang bagi gelaran ni memang susah la. Tau aja fake.

Masa tu zaman Friendster, so post gamba semua kat Friendster je. Comment memang mixed review la. Ada jugak yang tertipu. Untuk mereka yang pikir betul, harap maaf la yeh, main-main je. Memang fake pun semua tu. Sekadar hiburan.




Zaman Kegemilangan
"School Break"
(2007)



Kemaruk dengan cerita Prison Break masa tu, maka terjadilah School Break tak pasal-pasal. Edit gamba buat macam Prison Break punya style. Mereka-mereka yang terlibat termasuklah Irfan, Dzafir, Naqib, Amir Farid, Rifdi, Mustaqim, Ashraf dan Budi. Mungkin ada yang penah tengok gamba ni. Yang penah tengok tu, tau la. Yang tak penah tengok tu, rasanya masih lagi simpan gamba tu, adalah nanti tengok balik. Tak abis-abis dengan 'Wanted' punya gamba. Ramai jugak yang puji. Terima kasih tak terhingga.

Kepada mereka-mereka yang terlibat pulak, maaflah kalau anda semua tidak suka muka ada diguna pakai dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang pemberitahuan. Sekadar hiburan, kerana gamba-gamba anda jelah yang ada dalam pc zaman tu. Harap anda pernah terhibur melihat gamba yang tak seberapa itu.




Zaman Kegemilangan
"Joget"
(2008-Random)


Yang ini, kalau perasan itu, perasan la. Mesti ada yang kena 'disuruh' joget nya la. Ajak pegi disko lah apa lah. Ada yang tak nak tu, siap kata pegi disko tak best, nak pegi clubbing. Apa-apa sajalah. Kadang-kadang tu, memang tak pasal je. Joget best apa. Rasanya datang joget ni sebab tertengok cerita P.Ramlee gak la. Cerita Do Re Mi kot. Yang bapak perempuan tu pegi Malam Muda-Mudi tu. Joget dia tu paling epik la. Menjadi trademark kalau sebut je Joget, mesti terbayang dia joget. Goyang-goyang punggung kiri kanan sambil tangan macam pusing-pusing stereng bas kiri kanan. Maaflah kalau ada sesiapa yang panas kalau suruh joget banyak sangat ye. Sekadar hiburan saja. Yang bosan-bosan tu, tak tau nak buat apa, yang stress, jangan lah asyik stress-stress. Sebab bila korang stress, korang jugak mengadu. Solution nya, ayuh joget!




Zaman Kegemilangan
"Legend"
(2007-Forever)



Legend. Kenapa Legend? Apa yang Legendnya? Zaman ini je yang tidak akan berakhir. Takda. Tidak sama sesekali.

Segalanya bermula pada suatu petang di dalam tahun 2007 di padang rumah Mustaqim.
Di mana kami sedang bermain bola. Pada masa itu, seingatnya memang sudah lama tidak bermain bola. Sambil duduk di tepi, mereka memanggil untuk masuk bersama. Lepas tu tercakap la, "Aku dah lama tak main la. Lagi lama aku tak main lagi aku power. Hahaha...Legend do". Maka dengan secara tidak sengajanya, melekat la Legend. Semuanya Legend. Apa-apa saja Legend. Sampaikan tau-tau je ada cerita I am Legend. Lagilah

Masa dalam kelas, boleh lagi lukis logo Legend. Tapi tak pakai dah. Kemudian tau pulak ada Legend Hotel, Legend ni, Legend tu. Dengan itu, Legendlah dalam semua benda. Terasa macam betul-betul Legend pulak. Haha..

Walaupun title Legend ni sebenarnya takda la mempunyai maksud apa-apa yang menarik dan sungguh common, tetapi rasa macam cukup bermakna. Seperti Ustaz Kamal(BMI) pernah cakap, "Kalau kita pikir kita hebat, hebatlah kita". Betul kata-katanya. Anda tafsirlah sendiri apa kaitannya dengan Legend ni. Semua orang nak berjaya. Masing-masing ada cara sendiri untuk bangun sekiranya jatuh.

Sebagai penutup, sekali lagi nak mintak maaf kalau ada yang tak puas hati, marah, bengang, panas, berapi atau bebulu. Bukan niat nak kasi semua tu, sekadar nak bercerita. Itulah cerita zaman-zaman yang pernah dilalui dan ada yang masih lagi dalam zamannya.


~THE END~


-D-

Comments

Popular Posts